TRINORA HOMESTAY
Promosi (1 Jun 2009 hingga 30 Nov 2009)
Kelengkapan penuh termasuk 2 bilik berhawa dingin.
Harga - RM 280.00 / semalam
TRINORA HOMESTAY 2 Kelengkapan penuh termasuk bilik tidur utama berhawa dingin & ruang tamu berhawa dingin.
Harga - RM 280.00 / semalam
AKAN DATANG
TRINORA MEWAH RM 350.00 sahaja
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUCHING SARAWAK
Apa yang menarik di Kuching? Yang pertama dan yang paling dekat sekali ialah Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.
Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Namun harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan.
Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.
Jika berminat dengan barang kraftangan, di seberang jalan Waterfront ada deretan kedai yang menjual barang kraftangan terutamanya kraftangan Sarawak termasuk sumpit, pasu, tikar, baju, kain pua kumbu (mesti beli) dan pelbagai jenis replika.
Sesetengah kedai harga barangannya masih boleh dirunding. Tempat ini sesuai untuk mereka yang agak kesuntukan masa atau malas untuk ke tempat yang jauh sedikit seperti di Pasar Satok (10 minit) dan juga Pasar Serikin (1 jam 30min) di mana kraftangan di dua tempat tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Tambahan pula, Pasar Satok dan Serikin dibuka hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sahaja manakala kedai di sini dibuka setiap hari.
Kalau berjalan terus anda akan sampai ke market Waterfront yang kebiasaannya dibuka hingga malam hari. Boleh lawati kawasan ini pada malam minggu untuk menikmati pengalaman membeli ikan dan bahan2 seafood pada waktu malam hari (satu lagi keistimewaan duduk di Kuching).
Di sini boleh beli ikan terubok masin kalau mahu. Harga ikan terubok masin di sini sama seperti di Pasar Satok. Peniaga di sini akan masuk dalam kotak dan balut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubok yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.
Jika masih tidak puas dengan hasil kraftangan dan barangan Sarawak, boleh juga pergi ke India Street yang berdekatan dengan pasar Waterfront. Kawasan India Street ini ditutup sekitar 6pm-7pm.